Sunday 31 July 2011

KELI UNTUK DIPASARKAN

Pengusaha keli HALAL bertempat di Jelebu, Negeri Sembilan. Kami mempunyai 20 kolam simen berukuran 15 kaki x 10 kaki yang boleh menempatkan lebih kurang 50000 ekor ikan dan pengeluaran yang terdekat dijangka pada 15 Ogos 2011.  Tidak ada makanan lain yang diberikan bagi memastikan ikan yang dipasarkan 100% halal untuk pengguna Islam.

Lebih kurang 2 tan ikan keli sedia untuk dipasarkan. Saiz 5 hingga 6 ekor sekilo. Kami menawarkan RM 4.00 hingga RM4.50sekilo tetapi harga masih boleh dirundingkan. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Pemborong boleh datang terus ke kolam kami. Urusniaga adalah dalam bentuk tunai sahaja.

Sehingga Ogos ini kami telah memasarkan hampir 7 tan ikan keli segar untuk pemborong kecil dan besar di sekitar Seremban, Nilai dan Semenyih. Sebarang pertanyaan hubungi : 0172774534 shukri